Kerjaya muzik SonaOne

Setelah bernaung di bawah Kartel, Mikael mula menggunakan nama SonaOne sebagai nama komersial. Ketika itu dia sibuk mencuba menempa nama dengan membuat pita campuran yang mana berjaya mengumpul peminat-peminat awal menerusi medium sosial media. Pita campuran pertamanya, “Illegal Downloads Vol. 1” diterbitkan pada 20 April 2010 dan diikuti oleh “Illegal Downloads Vol. 2” (20 April 2011). Di antara kedua-dua mixtape tersebut, beliau meluncurkan pita kedua “Tuna Spaghetti” yang terbit 30 November 2010 dan berjaya mengangkat namanya dalam arena muzik hip hop pada tahun 2010 menerusi lagu hits seperti “No Snooze”, “Flyer Than You G6” & “Like A Dream”. Menerusi "Tuna Spaghetti" beliau berjaya mengumpul lebih ramai pengikut[2]. Menerusi pita ini juga, beliau berjaya dicalonkan di Anugerah Shout! 2010 untuk kategori Hip-hop / Urban.

Kemunculan perdananya sebagai artis adalah menerusi program "Hip Hop In Asia" di mana dia menyertai beberapa rapper terkenal rantau ini seperti Sheikh Haikel (Singapore), Micbandits (Brunei), Dandee (Thailand) dan Thaikoon (USA) menjelajah Asia untuk memperkenalkan genre muzik Hip Hop yang berkembang pesat. SonaOne juga dipanggil untuk mengacarakan program dokumentari tersebut sekali lagu untuk musim kedua[3]. Selain popular sebagai pelukis grafiti dan mula menempa nama sebagai penyanyi, SoneOne juga berpeluang membuat persembahan di merata tempat antaranya jejalah bebas di Amsterdam dan Singapore malah pernah berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti The Black Eyed Peas (USA), Rain (Korea) and Thaitanium (Thailand). Sejak 2012 SonaOne adalah residen MC di “The Get Up” - Rootz KL secara mingguan yang sekaligus mendekatkan beliau dengan peminat dari golongan urban.

Kerjaya muziknya mula bersinar apabila meluncurkan album studio sulungnya "Growing Up Sucks!" pada 9 December 2013 dengan mempertaruhkan lagu Inggeris "No More" sebagai single utama diikuti oleh lagu "Hak Eleh" sebagai single kedua [4]. Dengan keseluruhan mendapat enam (6) pencalonan, lagu "No More" berjaya menempa sejarah sebagai lagu berbahasa Inggeris pertama yang memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ketika edisi ke-21 yang berlangsung pada 7 Disember 2014[5]. Lagu tersebut juga memenangi Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, selain SonaOne dicalonkan untuk kategori Artis Baharu Terbaik. Di majlis yang sama juga, lagu kolaborasi SonaOne bersama Joe Flizzow berjudul "Apa Khabar" meraih anugerah Lagu Hip Hop Terbaik. "Apa Khabar" mengulangi kejayaan dengan lebih cemerlang apabila meraih gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-29 sekaligus menjadikan lagu tersebut sebagai lagu hip-hop pertama memenangi anugerah berprestij tersebut pada 18 Januari 2015[6].

SonaOne (dua dari kanan) bersama Faizal Tahir, Joe Flizzow, Afgansyah Reza, Siti Nurhaliza, Anggun, Jaclyn Victor, Cakra Khan dan Hafiz Suip pada sidang media Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert.

Pada April 2016, beliau telah dijemput oleh penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk menjayakan persembahan bersamanya di konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara, Bukit Jalil bersama-sama dengan Joe Flizzow, Faizal Tahir, Hafiz Suip, Cakra Khan, Afgan Syahreza dan Anggun.

Rujukan

WikiPedia: SonaOne http://www.budiey.com/sonaone-bakal-lancar-single-... http://www.juiceonline.com/i-wanna-be-a-producer-s... http://www.juiceonline.com/shout-awards/ http://mediamalaya.com/sonaone-dibelasah-kerabat-r... http://www.rotikaya.com/joe-flizzow-sona-one-tampi... http://seleb.co.id/5768/ini-daftar-lengkap-pemenan... http://www.hmetro.com.my/node/14540 http://www2.hmetro.com.my/articles/Mukadiinjakanak... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...